Friday, June 22, 2012

SEKEJAPNYA...

rupa2 nya kehidupan tu sekejap je. masa kecilku semacam dah lama berlalu, tapi bila ku renung rupanya igtan masa dulu masih ada...

Wednesday, June 20, 2012

HATIKU BUKAN SEKUAT PERMATA

Sangat sukar bagi aku menerima kehidupan aku hari ini. Walaupun ini adalah kehidupan yang diimpikan oleh semua orang, tapi padaku ianya tidak sesempurna itu. Aku cuba untuk redha, tapi hakikatnya ianya sangat sukar.
Aku memohon padamu ya Allah, Kau berilah aku kekuatan menempuhi dugaan mu ini. Apakan daya aku hanya insan yang lemah.
Sempit benar kurasakan jiwa ku, atas segala dosa yang pernah aku lakukan dulu. Mungkin inilah balasan perbuatanku.... 

Wednesday, January 19, 2011

HAKIKAT PERNIKAHAN

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana SEX maka akan ada pergaduhan jika servis di kamar tidur tidak memuaskan....

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana HARTA maka pembubaran boleh berlaku kerana bankrup....

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana KECANTIKAN maka pasangan akan ditinggalkan bila rambut mula beruban dan kulit mula berkedut...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana ZURIAT maka pasangan akan mencari alasan untuk lari dari pernikahan kerana tidak mempunyai zuriat...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana KEPERIBADIAN maka pasangan akan pergi jika berubah tingkah lakunya...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap yang mana mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana IBADAH KEPADA ALLAH maka sesungguhnya Allah itu KEKAL & PEMBERI HIDUP KEPADA MAKHLUKNYA. dan Allah mencintai hambanya lebih dari seorang ibu menyayangi bayinya maka tidak ada apapun di dunia yang boleh meruntuhkan sesebuah rumah tangga kecuali dengan kehendak dariNya...

Tuesday, December 28, 2010

Walimatul Urus

Sekitar penghujung tahun 2010 ni ramai sahabat handai dan kaum kerabat yang mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk melansungkan majlis perkahwinan. Sempat juga aku mengunjungi beberapa majlis demi memenuhi undangan. Gembira dengan ikatan kasih sayang yang baru oleh kawan-kawan yang membina masjid dan seterusnya menambah lebih banyak umat Islam, InsyaAllah.

Terdetik untuk menulis tentang isu perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan diantara 2 insan yang tidak mempunyai pertalian darah atau saudara sesusu. Perkahwinan bukan sesuatu perkara yang enteng. Setiap kali ikatan perkahwinan itu berlaku maka akan ada ijab dan kabulnya. Maka perkahwinan yang berasaskan akad itu adalah satu tanggungjawab yang amat besar bagi mereka yang memenuhi rukun tersebut. Bukan sahaja memenuhi rukun tersebut sekadar hanya memenuhi sesuatu keperluan, tetapi harus di ingat ia datang bersama tanggunjawab yang berterusan. Berat atau ringan tanggunjawab tersebut terpulang kepada individu yang menjalankannya.

Perkahwinan itu perlu wujud atas dasar perkongsian bukan sahaja antar 2 insan tetapi juga keseluruhan ahli keluarga. Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar meterialistik, seksualiti ataupun zuriat sahaja. Yang lebih benar perkahwinan itu akan menjadikan individu tersebut memegang peranan masing-masing bagi memastikan kesejahteraan perkahwinan itu berterusan. walaupun tanpa wang ringgit atau harta benda, tanpa kenikmatan seksualiti dan juga walaupun tidak dikurniakan zuriat. Perkahwinan adalah lebih dari itu.

Teringatkata-kata ibu angkat aku dulu semasa masih belajar "perkahwinan itu akan ditempuh oleh semua orang yang berusaha mendapatkan keredhaan Allah" maka sebab itu Nabi Muhammad SAW meletakkan perkahwinan itu sebagai sunnahnya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah setiap masa....

Wednesday, December 1, 2010

Permulaan baru

Assalamualaikum wbt

dah lama betul blog ni x di update....semoga dengan permulaan baru ni akan menjadikan blog ni sentiasa di penuhi dengan macam2 maklumat yang boleh si konsikan bersama2...