Wednesday, January 19, 2011

HAKIKAT PERNIKAHAN

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana SEX maka akan ada pergaduhan jika servis di kamar tidur tidak memuaskan....

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana HARTA maka pembubaran boleh berlaku kerana bankrup....

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana KECANTIKAN maka pasangan akan ditinggalkan bila rambut mula beruban dan kulit mula berkedut...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana ZURIAT maka pasangan akan mencari alasan untuk lari dari pernikahan kerana tidak mempunyai zuriat...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana KEPERIBADIAN maka pasangan akan pergi jika berubah tingkah lakunya...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap yang mana mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik...

jika HAKIKAT PERNIKAHAN kerana IBADAH KEPADA ALLAH maka sesungguhnya Allah itu KEKAL & PEMBERI HIDUP KEPADA MAKHLUKNYA. dan Allah mencintai hambanya lebih dari seorang ibu menyayangi bayinya maka tidak ada apapun di dunia yang boleh meruntuhkan sesebuah rumah tangga kecuali dengan kehendak dariNya...

No comments: