Tuesday, December 28, 2010

Walimatul Urus

Sekitar penghujung tahun 2010 ni ramai sahabat handai dan kaum kerabat yang mengambil kesempatan sempena cuti sekolah untuk melansungkan majlis perkahwinan. Sempat juga aku mengunjungi beberapa majlis demi memenuhi undangan. Gembira dengan ikatan kasih sayang yang baru oleh kawan-kawan yang membina masjid dan seterusnya menambah lebih banyak umat Islam, InsyaAllah.

Terdetik untuk menulis tentang isu perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan diantara 2 insan yang tidak mempunyai pertalian darah atau saudara sesusu. Perkahwinan bukan sesuatu perkara yang enteng. Setiap kali ikatan perkahwinan itu berlaku maka akan ada ijab dan kabulnya. Maka perkahwinan yang berasaskan akad itu adalah satu tanggungjawab yang amat besar bagi mereka yang memenuhi rukun tersebut. Bukan sahaja memenuhi rukun tersebut sekadar hanya memenuhi sesuatu keperluan, tetapi harus di ingat ia datang bersama tanggunjawab yang berterusan. Berat atau ringan tanggunjawab tersebut terpulang kepada individu yang menjalankannya.

Perkahwinan itu perlu wujud atas dasar perkongsian bukan sahaja antar 2 insan tetapi juga keseluruhan ahli keluarga. Perkahwinan itu bukan hanya atas dasar meterialistik, seksualiti ataupun zuriat sahaja. Yang lebih benar perkahwinan itu akan menjadikan individu tersebut memegang peranan masing-masing bagi memastikan kesejahteraan perkahwinan itu berterusan. walaupun tanpa wang ringgit atau harta benda, tanpa kenikmatan seksualiti dan juga walaupun tidak dikurniakan zuriat. Perkahwinan adalah lebih dari itu.

Teringatkata-kata ibu angkat aku dulu semasa masih belajar "perkahwinan itu akan ditempuh oleh semua orang yang berusaha mendapatkan keredhaan Allah" maka sebab itu Nabi Muhammad SAW meletakkan perkahwinan itu sebagai sunnahnya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah setiap masa....

No comments: